PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan 1,518 kes semalam termasuk satu kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,518,965 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,125 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,461,671 kes.
“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (564 kes), Kuala Lumpur (390 kes), Pulau Pinang (89 kes), Negeri Sembilan (65 kes), Sabah (65 kes) dan Sarawak (60 kes).
“Seterusnya Perak (59 kes), Johor (57 kes), Kedah (52 kes), Melaka (38 kes), Kelantan (26 kes), Terengganu (17 kes), Putrajaya (16 kes), Pahang (12 kes), Perlis (enam kes) dan Labuan (dua kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Dalam masa sama, enam kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,705 kes serta tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,570 kes.
Sebanyak 21,589 kes aktif dilaporkan melibatkan 20,599 kes dikuarantin di rumah, 23 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 941 kes di hospital, 12 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 14 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE