fbpx

Wanita warga emas maut kebakaran di Jonker Walk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis sedang mengusung mayat mangsa yang terlibat dalam kebakaran di sebuah bangunan di Jonker Walk semalam.

MELAKA – Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Hang Kasturi, Jonker Walk di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa, Koo Kim Foong, 75, meninggal dunia selepas melecur antara 60 hingga 70 peratus di bahagian paha dan perutnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintenden Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, berdasarkan maklumat awal diterima daripada orang awam terdapat seorang wanita warga emas yang menetap di premis tersebut seorang diri.

“Pasukan polis dan bomba bergegas ke lokasi sebelum mendapati premis itu telah terbakar kira-kira 80 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal oleh pasukan bomba dan pemeriksaan lanjut menemui mayat wanita warga emas melecur antara 60 hingga 70 peratus di bahagian paha dan perut,”katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, anak mangsa yang turut ke lokasi mendakwa ibunya tinggal seorang diri di premis itu dan keluarganya telah menyewa di bangunan itu selama 70 tahun.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI