fbpx

Sukarelawan hina raja, agama Islam didenda RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini.

MELAKA – Padah menghina raja dan agama Islam di laman Facebook, seorang sukarelawan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku salah melakukan perbuatan itu, tiga tahun lalu.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, Prajiv Lionel Proctor, 40, yang membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didapati menggunakan akaun Facebook miliknya, ‘Lionel Proctor’ secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik menghina agama Islam dan institusi raja.

Kesalahan dilakukan kira-kira pukul 1 tengah hari, 29 Disember 2019 di KM4 Bukit Piatu dalam daerah Melaka Tengah.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, Nariman menjatuhi hukuman denda sebanyak RM5,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI