fbpx

Sergio Perez dapat ‘lampu hijau’ cabar kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEREZ menduduki tangga ketiga carta pelumba ketika ini apabila hanya ketinggalan 15 mata di belakang Verstappen. – AFP

BAKU, Azerbaijan – Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner memberi jaminan kebebasan penuh telah diberikan kepada pelumba No.2 pasukan, Sergio Perez dalam usaha mencabar kejuaraan dunia Formula Satu (F1) musim ini.

Sebagai rekod, Perez telah mempamerkan pemanduan bertenaga musim ini selepas menduduki tangga ketiga ke­seluruhan carta pelumba dengan mengutip 110 mata berbanding rakan sepasukan, Max Verstappen (125 mata) dan pelumba Ferrari, Charles Leclerc (116 mata).

Kata Horner, ruang serta peluang diberikan kepada Perez untuk terus membuktikan kewibawaannya di atas litar perlumbaan menjelang saingan Grand Prix (GP) Azerbaijan Litar Antarabangsa Baku pada minggu ini.

“Dia berada dalam carta pe­rebutan kejuaraan dunia sama seperti Verstappen dan tiada keistimewaan lebih yang kami berikan dalam kalangan mereka selepas hanya dibezakan 15 mata ketika ini.

“Kedua-dua pelumba ini te­lah memberikan komitmen dan kerjasama yang penuh dan kini terpulang kepada mereka untuk membuktikan keupayaan sebenar di atas litar tetapi harus diingat, persaingan musim ini masih lagi panjang,” katanya.

Mengulas lanjut, Horner meng­akui Perez merupakan pelumba yang patuh dengan arahan selain berjaya merebut peluang terhidang sebaiknya dan keputusan pihak pengurusan untuk menawarkan kontrak lanjutan kepada­nya bukanlah sesuatu yang silap.

“Anda boleh lihat bagaimana dia bersikap profesional sejak bersama kami tahun lalu. Saya harap aura positif itu diteruskan sehingga kontraknya berakhir nanti,” kata Horner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI