fbpx

Rosmah tidak mahu gelang berlian, Najib hantar representasi jam tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah Mansor

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini diberitahu Datin Seri Rosmah Mansor telah menarik balik tuntutannya terhadap seutas gelang berlian emas putih bernilai AS$220,500 yang disimpan dalam di bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM).

Perkara itu dimaklumkan peguam Rosmah Azamuddin Abd. Aziz pada prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin di sini hari ini.

“Anak guam kami tidak lagi meneruskan tuntutan item itu (gelang emas berlian),” kata peguam tersebut.

Dalam prosiding sama, peguam Datuk David Gurupatham yang mewakili syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL dari Lubnan turut mengesahkan Rosmah tidak lagi mahu menuntut gelang tangan itu.

Kata peguam itu, dengan penarikan balik tuntutan tersebut ia menjimatkan masa dan kos pihak-pihak.

Sementara itu, dalam prosiding sama, peguam Syazwani Mohd. Zawawi yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata, pihaknya menghantar satu representasi berhubung tuntutan Najib terhadap tujuh utas jam tangan yang dituntut sebelum ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin mengesahkan sudah menerima dan sedang mengkaji representasi yang dikemukakan Najib selain akan memaklumkan kepada mahkamah jika mempunyai perkembangan terkini.

“Kami juga memohon tarikh meminda notis usul berkaitan pelucuthakan harta iaitu 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 beg tangan yang disita di Pavilion Residences, Kuala Lumpur pada 17 Mei 2018.

“Pihak pendakwaan percaya pindaan notis usul tidak memprejudis mana-mana pihak dan dibuat sejajar dengan keperluan undang-undang,” katanya.

Justeru Hakim Muhammad Jamil kemudian menetapkan 26 dan 27 September ini untuk pendengaran seterusnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI