fbpx

Reman suspek bunuh, kerat ibu disambung tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek kes bunuh ibu kandung yang mayatnya dikerat 15 bahagian di bawa ke Mahkamah Majistret Parit Buntar untuk prosiding sambung reman hari ini.- Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

PARIT BUNTAR – Perintah reman ke atas lelaki yang terlibat kes bunuh dan kerat ibu kandungnya kepada 15 bahagian di Taman Kerian dekat sini, disambung tujuh hari lagi.

Tempoh tahanan reman sehingga Rabu depan itu dikeluarkan terhadap suspek berusia 42 tahun setelah tempoh reman empat hari sejak Ahad lalu berakhir hari ini.

Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi mengeluarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret Parit Buntar di sini hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dengan diiringi anggota polis sebelum meninggalkan mahkamah tiga jam kemudian.

Media pada Ahad lalu melaporkan, seorang wanita warga emas berusia 68 tahun yang dilaporkan hilang oleh anak perempuannya sejak 28 Mei lalu ditemukan mati dengan tubuhnya dikerat kepada 15 bahagian.

Kes pembunuhan kejam warga emas itu terbongkar selepas jiran mangsa terhidu bau busuk luar biasa dari rumah wanita itu sebelum melaporkan kepada pihak polis pada Sabtu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI