fbpx

Peratusan eksport, import udang meningkat tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kiri) melawat ruang pameran selepas Persidangan dan Pameran Perdagangan Udang Dunia 2022 di Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

Oleh KAMARIAH KHALIDI

PUTRAJAYA – Jumlah eksport udang negara mencatatkan peningkatan sebanyak 23.6 peratus kepada 38,689 tan metrik tahun lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, jumlah import daripada hasil perikanan itu turut meningkat sebanyak 30 peratus kepada 35,322 tan metrik.

Menurut beliau, penggunaan ikan perkapita di Malaysia direkodkan pada 42.7 kilogram (kg) setiap orang setahun pada 2020 iaitu lebih tinggi daripada purata global iaitu 20.5kg.

“Tahap Sara Diri (SSL) pula adalah sebanyak 95.27 peratus dengan udang menyumbang sebanyak 102.9 peratus SSL daripada perikanan.

“Jumlah pengeluaran udang turut mencapai 135,659 metrik tan pada tahun 2020 yang mana 36 peratus terdiri daripada udang ternakan,” katanya ketika berucap pada Persidangan dan Pameran Perdagangan Udang Dunia 2022 hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI