fbpx

Peniaga pasrah pelanggan hulur duit ‘pelik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang peniaga pasar malam menunjukkan duit RM10 yang diterima oleh salah seorang pelanggan.

PETALING JAYA – “Tengah berniaga tak perasan dapat duit pelik macam ini.”

Itu antara luahan pasrah seorang peniaga pasar malam yang terpaksa menanggung kerugian akibat tindakan pelanggan yang tersalah memberikan wang.

Pemuda terbabit yang dikenali sebagai Izzudin Radin mendakwa dia terlampau sibuk berniaga sehinggakan tidak menyedari dia sudah menerima wang RM10 yang pelik.

Menerusi video berdurasi 10 saat, Izzudin menunjukkan duit RM10 yang terkoyak itu dicantumkan dengan duit yang sama.

Walau bagaimanapun, Izzudin tetap bersangka baik dan menganggap itu adalah rezeki untuknya.

Perkongsian terbabit telah berjaya mencuri perhatian pengguna di laman sosial TikTok sehingga rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi di komen.

“Susah nak dapat duit dua berkepala,” komen seorang pengguna.

“Jarang-jarang dapat duit macam ini,” seloroh seorang pengguna lagi.

Terdapat pengguna media sosial yang bersimpati dengan nasib peniaga terbabit.

“Takpe bang, duit itu boleh ditukar di mana-mana bank yang berdekatan,” pesan seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI