fbpx

Penduduk di Negeri Sembilan capai 1.19 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Buat pertama kali penduduk di Negeri Sembilan mencapai 1.19 juta orang iaitu melebihi 1 juta berdasarkan statistik penduduk di negeri ini pada 2020 yang didorong oleh peningkatan ekonomi dan faktor keperluan perumahan.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kadar pertumbuhan penduduk di Negeri Sembilan meningkat dua peratus berbanding 986,204 orang pada 2010.

“Seremban mempunyai bilangan penduduk tertinggi iaitu 692,000 (57.7 peratus) diikuti Port Dickson 129,000 (10.7 peratus) dan Jempol 127,000 (10.6 peratus).

“Bilangan penduduk terendah mengikut daerah pula ialah Jelebu iaitu 46,000 (3.8 peratus) dan Rembau 47,000 (3.9 peratus),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Uzair

Mohd. Uzir berkata, kepadatan pendudukan di Negeri Sembilan didorong oleh faktor limpahan pembangunan pesat di Kuala Lumpur yang menyebabkan keperluan perumahan di negeri itu juga meningkat.

“Ramai penduduk di Negeri Sembilan bekerja di Kuala Lumpur dan Putrajaya tetapi memilih untuk tinggal di Seremban, Senawang dan Port Dickson.

“Ini disebabkan keterhubungan antara Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (lokasi) selain dapat mengelakkan kesesakan selaras dengan masa kerja yang lebih fleksibel,” katanya.

Jelas Mohd. Uzir, penduduk di Negeri Sembilan terdiri daripada 1.13 juta rakyat warganegara dan 67,745 bukan warganegara dengan komposisi bumiputera 76,421 orang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI