fbpx

Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video permohonan maaf pendakwah bebas tersebut.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas yang mengulas mengenai perpindahan roh ke jasad manusia yang masih hidup dalam ceramahnya baru-baru ini, tampil bagi menarik balik kenyataan itu.

Muhd Zainul Asri menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di media sosialnya berkata, dia turut meminta maaf kerana isu berkenaan menimbulkan keresahan umat Islam.

“Saya tidak mahu panjangkan isu ini. Saya tarik balik kenyataan itu. Sebenarnya bukan kenyataan saya, saya ‘naqal’ (ambil) daripada guru saya.

“Saya meminta maaf kepada masyarakat dan umat Islam di Malaysia yang mengikut polemik ini. Saya minta maaf kerana meresahkan umat Islam, umat Muhammad secara khusus. Tak perlu panjang-panjangkan, saya tarik balik,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan pendakwah bebas itu menyatakan gurunya pernah menyebut contoh bahawa Allah SWT mencipta roh yang boleh berpindah-pindah.

Video berkenaan mencetuskan polemik dalam kalangan pengguna media sosial termasuk Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor yang tampil menggesa pihak berkuasa agama bertindak segera bagi mencegah kepercayaan kepada reinkarnasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI