PENAMPILAN terkini pelakon Arya Saloka menjadi bualan ramai apabila dikatakan kelihatan seperti tidak terurus dan tidak lagi menjaga penampilan diri.
Rata-rata peminatnya melihat penampilan suami kepada Putri Anne itu tidak lagi sekacak dahulu selain kelihatan tidak bersemangat dan kemurungan.
Netizen mendakwa pelakon berusia 30 tahun itu berubah sikap selepas terkait dengan isu kecurangannya bersama pelakon jelita, Amanda Monopo.
Namun, terdapat juga segelintir peminatnya masih berfikiran positif apabila percaya penampilan Arya yang kelihatan tidak terurus itu mungkin kerana terlibat dengan
projek filem baharu yang dibintanginya.
“Penampilan Arya kelihatan kusut dan tidak terurus kerana sedang terlibat dalam sebuah projek filem bersama pelakon, Tissa Biani,” dakwa seorang peminatnya.
Terdahulu, industri seni hiburan kecoh selepas tular sebuah video nelibatkan aktor sinetron Ikatan Cinta itu sedang bermesraan dengan Amanda.
Video tersebut sekali gus memacu gosip bahawa kedua-duanya sedang menjalinkan hubungan cinta.