fbpx

Pakej kedua Bayern Munich ikat khidmat Sadio Mane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE hampir pasti meninggalkan Liverpool selepas dikatakan turut bersetuju dengan terma peribadi yang diberikan oleh Bayern. – AFP

LONDON – Bayern Munich dilaporkan bersiap sedia untuk melancarkan bidaan kedua untuk mendapatkan bintang Liverpool, Sadio Mane selepas percubaan pertama ditolak oleh kelab berkenaan.

Pemain antarabangsa Senegal itu dilaporkan sudah bersedia untuk meninggalkan Anfield selepas enam musim bersama pa­sukan itu ketika kontraknya ha­nya berbaki 12 bulan sahaja lagi.

Bayern tampil dengan pakej pertama berjumlah £21 juta (RM115.45 juta) bersama tambahan £4 juta (RM21.99 juta) sebagai bonus, namun gagal menarik minat Liverpool yang mahukan nilai yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, difahamkan pakej kedua yang akan ditawarkan oleh gergasi Bundesliga itu melibatkan jumlah sebanyak £30 juta (RM165.93 juta) bersama bonus tambahan sebanyak £4.2 juta (RM23.09 juta).

Laporan menyebut, walaupun urus niaga pertama menemui kegagalan, kedua-dua pasukan mahu mereka dapat mencapai kata sepakat apabila Bayern berharap bidaan kedua mereka mampu membuatkan Liverpool bersetuju.

Real Madrid dan Juventus juga dilaporkan turut berminat untuk mendapatkan Mane, namun pemain itu lebih berminat untuk beraksi dalam saingan Bundesliga bersama Bayern.

Bayern pula terdesak untuk mendapatkan pemain baharu apabila dua tonggak utama mereka, Robert Lewandowski dan Serge Gnabry dilaporkan mahu meninggalkan pasukan itu menyebabkan jentera serangan mereka menjadi kurang menyengat.

Corak permainan versatil yang dimiliki Mane membolehkan Jurulatih Bayern, Julien Nagelsmann mempunyai banyak pi­lihan dalam merencanakan strategi terbaik buat pasukan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI