fbpx

Najis manusia ‘tercicir’ keluar, seluruh penumpang bas didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan seorang anggota polis bertanya kepada penumpang mengenai pemilik najis yang dibuang keluar dari bas. - Instagram

JAKARTA – Kesemua penumpang sebuah bas persiaran di Indonesia disaman selepas tiada seorang pun daripada mereka mengaku bertanggungjawab membuang najis keluar dari kenderaan itu, lapor laman berita Suara, semalam.

Menerusi paparan video yang dimuat naik di Instagram, seorang anggota polis dilihat bertanya kepada penumpang bas mengenai najis yang dikesan ‘tercicir’ dari bas tersebut ketika berhenti mengisi minyak.

Bagaimanapun, tiada seorang pun yang mengaku melakukan perbuatan tersebut dan menyebabkan semua penumpang didenda oleh pihak berkuasa.

Kemas kini itu menjadi tular di media sosial Indonesia dan menerima pelbagai komen yang menggelikan hati.

“Pasti orang yang membuang najis itu sangat malu dan tidak sanggup bangun serta mengaku.

“Akhirnya semua orang didenda. Apa yang penting, selesai sudah isu najis,” tulis perakam video. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI