fbpx

Merokok dalam drama, Mia Sara minta pandangan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIA Sara memegang watak sebagai Alia dalam drama siri premium Histeria The Series.

KUALA LUMPUR – Ingin memahat nama sebagai anak seni, pelakon baru Mia Sara Shauki meminta pandangan bapanya yang juga seorang aktor terkenal, Datuk Afdlin Shauki sebelum melakonkan mana-mana babak sensitif yang boleh mengundang kecaman ramai.

Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Shauki Afdlin Shauki, 24, perkara tersebut dilakukan sebelum menjayakan adegan merokok menerusi drama Histeria The Series.

Menyedari babak tersebut sensitif dengan norma masyarakat negara ini, dia bagaimanapun memandang adegan tersebut memaparkan realiti sebenar yang berlaku dalam segelintir pelajar sekolah hari ini.

“Saya ada tanya papa mengenai babak tersebut, katanya jika terlalu sensitif mungkin dipotong Lembaga Penapis Filem (LPF) tetapi sekiranya lepas, ini merupakan peluang untuk memaparkan realiti dalam kalangan pelajar sekolah.

“Bagi papa, lakonan saya itu adalah untuk memberi peringatan juga kepada ibu bapa supaya lebih peka terhadap golongan remaja,” katanya.

Mia berkata demikian selepas majlis sidang akhbar Histeria The Series di Dadi Pavilion di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia yang pernah membintangi filem Papadom 2 itu turut menegaskan enggan menjadikan statusnya sebagai anak Afdlin sebagai ‘kabel besar’ untuk meraih mana-mana tawaran lakonan.

“Saya nak berdiri dan berusaha sendiri untuk bergelar pelakon berjaya.

“Kalau boleh saya tak mahu mencampur-adukkan kisah peribadi, status sebagai anak pelakon dalam kamus kerjaya saya.

“Kebanyakan watak yang saya dapat sehingga kini, memang saya hadiri sendiri sesi uji bakat,” ujarnya.

Sebagai info, Histeria The Series yang turut dibintangi Sharifah Aryana, Liyana Jasmay, Amelia Christie dan Ziana Zain ditayangkan bermula Isnin lalu menerusi saluran Astro Citra setiap hari Isnin, pukul 9 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI