fbpx

Manchester United mahu pastikan Darwin Nunez beraksi di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ memiliki reputasi sebagai penyerang yang berbisa selepas meledak 32 gol sepanjang musim lalu termasuk enam dalam saingan Liga Juara-Juara. – AFP

MANCHESTER – Manchester United terdesak untuk mendapatkan khidmat Darwin Nunez apabila bersedia menawarkan dua pilihan pemainnya bagi menarik minat Benfica melepaskan pe­nyerang tersebut.

Penyerang antarabangsa Uruguay itu muncul sebagai antara pemain yang diburu kelab-kelab gergasi Eropah selepas mempamerkan aksi memukau apabila meledak 32 gol dan empat umpanan jaringan dalam 38 aksi musim lalu.

Biarpun sudah memiliki Cristiano Ronaldo di bahagian sera­ngan, pengurus baharu United, Erik Ten Hag percaya mereka perlu menambah kekuatan pada bahagian tersebut menjelang aksi musim baharu nanti.

Berdasarkan prestasi musim lalu, jelas pengurus dari Belanda itu perlu memberikan tumpuan yang lebih untuk menguatkan jentera serangan mereka menyebabkan United percaya bahawa Nunez adalah pilihan yang tepat.

Laporan menyebut, United membuat tawaran pertama bernilai £81 juta (RM445.31 juta) di mana Benfica akan menerima wang pendahuluan sebanyak £64 juta (RM351.85 juta), manakala baki £17 juta (RM93.46) dalam bentuk bonus berserta seorang pemain, Andreas Perreira.

Bagaimanapun, tawaran ber­ke­naan telah pun ditolak oleh Benfica yang mahukan bayaran tambahan sekitar £8.5 juta (RM46.73 juta) untuk memaksimumkan keuntungan mereka.

Justeru, United tampil de­ngan tawaran baharu apabila cuba memancing persetujuan Benfica dengan meletakkan Anthony Martial ataupun Eric Bailly menjadi sebahagian daripada terma perjanjian jual beli berkenaan.

Sekiranya Benfica bersetuju dengan salah seorang daripada dua pemain yang ditawarkan tersebut, mereka perlu mengadakan rundingan semula mengenai jumlah wang tunai yang perlu dibayar bagi membawa Nunez ke Old Trafford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI