fbpx

Kahwin mengejut, Bobby pikul rasa bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOBBY

KETIKA menjadi tetamu undangan dalam program Oh Eun-young’s Golden Clinic, tiga anggota kumpulan iKON iaitu Bobby, Donghyuk dan Junghoe membuka cerita tentang pengunduran rakan mereka, BI dan perkahwinan mengejut Bobby.

Imbas Donghyuk, ketika Bobby mem­beritahu tentang rancangan perkahwinan, dia percaya rakannya itu berasa takut dengan tanggungjawab baharu. Tambahan pula pasangannya sedang mengandung anak pertama mereka tetapi pada masa sama berasa teruja.

Mengulas tentang hal itu, Bobby mengakui berasa sangat bersalah ketika memberitahu rakan-rakan yang lain tentang perkahwinannya.

“Saya tahu perlu bersyukur dengan perkahwinan ini tetapi pada masa saya faham keadaan ini melemahkan kami sebagai sebuah kumpulan idola,” katanya yang mengumumkan berita perkahwinan pada Ogos tahun lalu.

Luah Bobby isi hati, kekesalan dan rasa bersalah tentang perkahwinan mengejutnya tersebut turut menimbulkan isu dalam kalangan peminat.

“Kadangkala rasa kelakar macam mana hidup saya boleh berubah begini. Saya tak sangka akan jadi seorang ayah.

“Sebelum ini saya tak ada masa nak fikirkan perasaan sendiri kerana terlalu banyak perkara perlu diselesaikan. Sebagai artis idola, saya tahu saya perlu jadi teladan.

Perkahwinan mengejut seperti ini bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Saya minta maaf kepada peminat,” luahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI