fbpx

Instagram ahli politik India hina Nabi Muhammad ‘diserang’ ribuan Muslim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar antara komen ditinggalkan ribuan Muslim yang menentang serta mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Nupur Sharma baru-baru ini

PETALING JAYA – Akaun Instagram milik ahli politik India, Nupur Sharma ‘diserang’ ribuan Muslim angkara kenyataan yang dikeluarkan beliau menghina Nabi Muhammad SAW.

Tinjauan Kosmo! di media sosial hari ini mendapati lebih 70,000 komen ditinggalkan orang ramai pada hantaran jurucakap rasmi Bharatiya Janata Party (BJP) itu yang rata-ratanya mengecam serta menentang sekeras-kerasnya tindakannya itu kerana mengganggu sensetiviti umat Islam seluruh dunia.

“Jika anda bukan seorang Muslim, diamlah dan jangan menghina nabi dan rasul utusan Allah dan agama kami, lebih baik kamu lihat dulu kisah seorang Nabi Ibrahim yang menghancurkan semua patung,” komen seorang pengguna.

“Jangan kotorkan agama kami dan hina nabi kami, perbuatan anda amat kami keji dan kutuk, kami umat Islam ada pendirian dan ikutan kami, jangan sesekali calarkan maruah agama kami,” luah pengguna lain.

“Tolong ambil tindakan sekeras-kerasnya kepada ahli politik terlibat ini, jatuhkan hukum berat padanya kerana menghina agama suci umat Islam, kami bangkang sepenuhnya tindakan dan kenyataan anda,” ujar Raihimi.

Terdahulu, Majlis Hukama’ Muslimin cawangan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya ucapan biadab oleh jurucakap BJP tersebut berkenaan Rasulullah SAW. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI