fbpx

Hidup dan kisah kebangkitan Adam, Naddi pasca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDATANGAN pandemik membantutkan perancangan Adam dan NADDI untuk meneruskan kemaraan dalam karier masing-masing.

BIARPUN pandemik sedang reda, namun penangan yang dialami dampak kehadiran virus Covid-19 masih membekas dalam jiwa banyak orang.

Itu yang dilalui dua penyanyi Adam Izzy dan NADDI apabila kedatangan pandemik menghancurkan impian mereka menonjolkan bakat kepada khalayak seluruh negara menerusi penerbitan album dan konsert jelajah.

Enggan menyerah kalah, peralihan ke fasa endemik kini kembali membuka ruang buat mereka meneruskan kemaraan dalam dunia seni yang dicintai.

Adam dan NADDI menceritakan cabaran kehidupan yang dilalui sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun menerusi sebuah lagu berjudul Hidup.

Hidup terbitan Rocketfuel Entertainment dan edaran Universal Music Malaysia merupakan gubahan penyanyi dan penulis lagu veteran, JFK yang pernah menghasilkan karya untuk beberapa nama tersohor seperti Datuk Sheila Majid, Anuar Zain, Erra Fazira dan Dayang Nurfaizah.

Penerbitan lagu dilakukan dengan kerjasama penerbit terkemuka Azlan Abu Hassan daripada Grooveworks Studios dan lirik pula ditulis oleh Zai KJ serta Katya, penulis dari Indonesia. Sementara lirik rap pula ditulis sendiri oleh Adam.

Lebih menarik, penghasilan lagu tersebut merupakan hasil kerjasama antara Rocketfuel bersama Astro Radio dan AXA AFFIN Life Insurance dengan mengangkat kisah kehidupan norma baharu mengharungi pandemik.

Penghasilan Hidup bertujuan mewujudkan kapsul masa kehidupan norma baharu mengharungi pandemik untuk dikenang kalangan pemuzik tempatan generasi masa hadapan.

Sungguh, tempoh dua tahun tersebut adalah detik penting dalam sejarah industri muzik tanah air.

Kata Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna, komitmen Rocketfuel terhadap penambahbaikan perkhidmatan muzik melalui platform digital, televisyen dan radio tidak hanya dalan bahagian pengedaran.

Rocektfuel turut menawarkan perkhidmatan lengkap untuk artis indie yang memerlukan bimbingan dari langkah pertama hingga pasca pelancaran.

“Kini kami teruja untuk menonjolkan pengalaman dalam penerbitan, pelesenan dan banyak lagi aspek melalui lagu ini (Hidup) yang merupakan perkongsian sebuah kisah yang menjadi sebahagian sejarah Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Kenny Ong, hasil kerjasama yang terjalin antara Rocketfuel dan AXA AFFIN Life Insurance merupakan salah satu usaha mereka untuk kekal sebagai perintis transformasi landskap audio tempatan.

“Kami teruja berganding bahu bersama rakan-rakan industri yang sentiasa berinovasi untuk mengembangkan penglibatan audiens dengan media hiburan.

“Melalui idea kandungan yang dicipta khusus oleh Astro Radio, kami mengalu-alukan AXA AFFIN Life Insurance Berhad untuk menyertai perjalanan memajukan pendigitalan bersama,” ujarnya.

Lagu Hidup boleh didengar menerusi semua platform penstriman dan juga saluran radio Malaysia bersama rakan pelancaran eksklusif Era FM, stesen rangkaian Astro Radio.

Video muzik Hidup sudah tersedia dalam YouTube, diarahkan dan diterbitkan oleh studio penerbitan terkemuka Creative Stew (M) Sdn. Bhd. yang juga merupakan penerbit kandungan untuk rangkaian global seperti HBO dan Discovery TV.

Video muziknya berkisarkan detik yang sukar dilupakan rakyat Malaysia iaitu pengumuman PKP oleh mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI