fbpx

Didier Deschamps lebih minat bereksperimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RABIOT (tengah) meledak satu gol buat Perancis ketika mereka terikat 1-1 menentang Croatia pada aksi Liga Negara-Negara Eropah awal pagi semalam. – AFP

SPLIT, Croatia – Ketua Jurulatih Perancis, Didier Deschamps seperti tidak berminat untuk mempertahankan gelaran Liga Negara-Negara Eropah apabila lebih banyak bereksperimen dalam dua aksi setakat ini.

Terbaharu, Les Bleus sekadar menurunkan skuad muda yang kurang pengalaman di peringkat antarabangsa ketika seri 1-1 de­ngan Croatia di Stadium Poljud awal pagi semalam.

Deschamps, 53, menurunkan majoriti pemain di bawah 10 kaps antarabangsa seperti Moussa Dia­by, Matteo Guendouzi, Christopher Nkunku dan William Saliba dengan menggunakan formasi 4-4-2 dan 3-5-2.

Ia adalah perlawanan kedua berturut-turut skuad juara dunia itu gagal melakar kemenangan dalam aksi Liga Negara-Negara selepas tewas 1-2 kepada Denmark pada Sabtu lalu.

“Anda perlu melihat banyak faktor. Kami masih berpeluang (Liga Negara-Negara Eropah), tetapi ada kejohanan yang lebih penting menanti kami hujung tahun ini (Piala Dunia Qatar 2022).

“Saya terpaksa melakukan rombakan besar-besaran untuk membuat perbandingan de­ngan kesebelasan utama. Namun, ia tidak bermakna kami sudah menyerah kalah untuk aksi sete­rusnya,” kata Deschamps.

Dalam aksi itu, Perancis terlebih dahulu membuka tirai jari­ngan melalui Adrien Rabiot pada minit ke-52 sebelum Andrej Kramaric menyempurnakan sepakan penalti buat Croatia di hujung perlawanan.

Dua aksi seterusnya menyaksikan Perancis bertemu Austria pada 11 Jun ini sebelum kembali menentang Croatia di Stade de France tiga hari kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI