fbpx

Cadang PM bentang RUU antilompat parti awal Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dicadangkan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti dibentangkan di Dewan Rakyat pada minggu pertama Julai ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan itu dicapai melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 Dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti Bilangan 6 Tahun 2022 semalam.

Beliau berkata, keputusan itu diputuskan secara sebulat suara yang meminta dan mencadangkan kepada Perdana Menteri selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Semua ahli mesyuarat bersetuju dan memuktamadkan draf RUU Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti (Pindaan) (No. 3) 2022 boleh dibentangkan serta dibahaskan dalam Dewan Rakyat.

“Secara umumnya, Jawatankuasa Pilihan Khas ini telah berjaya melaksanakan terma rujukan sebagaimana usul diluluskan pada 11 April lalu,” katanya yang juga pengerusi jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berkata, lima persoalan dasar telah dibangkitkan Jemaah Menteri semasa mesyuarat pada 1 Jun lalu, dan ia telah diulas dan dijawab Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dalam mesyuarat semalam.

Katanya, maklum balas Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan perkara ini akan dibawa semula sebagai suatu Nota Jemaah Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI