fbpx

AS sasar kemasukan 90 juta pelancong setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pada 2019, hampir 80 juta pelawat antarabangsa berkunjung ke AS. - AFP

WASHINGTON – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) kelmarin melancarkan pelan untuk menarik kemasukan 90 juta pelawat setahun dalam usaha menjana semula pendapatan berbilion-bilion dolar yang hilang semasa pandemik Covid-19.

Pelan lima tahun itu antara lain, bertujuan untuk membuka semula peluang pekerjaan dan menjana pendapatan tahunan mencecah AS$279 juta (RM1.2 bilion) dalam bentuk perbelanjaan pelancong, kata Jabatan Perdagangan.

“Covid-19 menjejaskan ekonomi kita di peringkat nasional dan tempatan bagaimanapun, ia  juga memberi peluang untuk kita membentuk industri pelancongan yang lebih inklusif, lestari dan berdaya tahan berbanding masa lalu,” kata Setiausaha Perdagangan, Gina Raimondo  dalam satu kenyataan.

Sektor pelancongan dan kembara AS menjana lebihan pendapatan AS$53.4 bilion (RM234.8 bilion) dan membantu sejuta pekerjaan di AS, tambah kenyataan sama.

Pada  2019, hampir 80 juta pelawat antarabangsa berkunjung ke AS dan menyumbang hampir AS$240 bilion (RM1.05 trilion) kepada ekonominya, namun angka tersebut merosot lebih separuh dalam tahun 2020.

Pelan lima tahun  dinamakan Strategi Kembara dan Pelancongan Nasional itu akan menumpukan kepada usaha mempromosi destinasi-destinasi di AS terutamanya lokasi kurang tumpuan selain menambah baik komunikasi mengenai status kesihatan dan keperluan lain.

Ia juga akan menawarkan bantuan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menambah baik infrastruktur di kawasan  pelancongan dan menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan hijau di samping menggunakan teknologi untuk melancarkan perjalanan pelancong melibatkan aspek seperti keselamatan serta saringan.

“Strategi baharu kita menampilkan apa yang terbaik  boleh diberikan oleh sektor swasta dan awam AS untuk membuka peluang pekerjaan, menjana pendapatan semula yang hilang dan memberikan pengalaman yang tidak boleh dilupakan (kepada pelancong),” kata Raimondo. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI