fbpx

Amerika Syarikat bazirkan 82.1 juta dos vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS perubatan memuatkan picagari dengan vaksin Moderna Covid-19 di Pusat Kesihatan Komuniti Kedren, South Central Los Angeles, California pada 16 Februari 2021. – AFP

WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyatakan bahawa sekitar 82.1 juta dos vaksin Covid-19 dibazirkan oleh Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh Disember 2020 hingga pertengahan Mei lalu, lapor saluran berita NBC News kelmarin

Pembaziran itu merangkumi lebih 11 peratus dos yang diagihkan oleh kerajaan persekutuan. 

Jumlah tersebut dilaporkan meningkat berbanding pembaziran 65 juta dos vaksin seperti yang dilaporkan CDC akhir Februari lalu.

Dua rangkaian farmasi runcit, CVS dan Walmart bertanggungjawab terhadap lebih satu perempat daripada keseluruhan dos yang dibazirkan di AS sepanjang tempoh masa tersebut. Antara punca ia berlaku adalah kerana jumlah vaksin yang dikendalikan terlalu besar.

Lima farmasi atau pusat dia­lisis lain termasuk Health Mart, DaVita dan Rite Aid merekodkan pembaziran yang sedikit berbanding angka keseluruhan.

Bagaimanapun, setiap farmasi atau pusat dialisis terbabit merekodkan pembaziran tinggi secara individu iaitu lebih satu perempat daripada jumlah dos vaksin yang diterima sekali gus melebihi purata nasional.

Dua negeri di AS turut membuang lebih satu perempat dos vaksin yang diterima. Oklahoma membazirkan 28 peratus daripada hampir 4 juta dos yang diterima, manakala Alaska membuang hampir 27 peratus daripada satu juta dos vaksin Covid-19, demi­kian menurut CDC.

Jumlah keseluruhan pembaziran itu seiring dengan anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kempen vaksinasi besar-besaran.

Namun, pakar-pakar berkata, angka pembaziran itu membimbangkan berikutan ketika ini, kurang separuh rakyat AS yang menerima suntikan penuh telah diberikan dos penggalak.

“Ini merupakan kerugian yang besar kepada kawalan wabak terutamanya kerana berjuta-juta orang di seluruh dunia masih belum mendapat dos pertama,” kata pakar penyakit berjangkit di Sekolah Perubatan Yale, Dr. Sheela Shenoi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI