PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan 1,128 kes semalam termasuk satu kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,516,319 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,547 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,460,546 kes.
“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (598 kes), Kuala Lumpur (170 kes), Pulau Pinang (78 kes), Sabah (63 kes), Perak (47 kes), Johor (44 kes) dan Kedah (34 kes).
“Seterusnya, Negeri Sembilan (26 kes), Sarawak (22 kes), Melaka (12 kes), Kelantan (10 kes), Pahang (lapan kes), Terengganu (tujuh kes), Putrajaya (enam kes), Perlis (tiga kes) dan tiada jangkitan baharu di Labuan,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Dalam masa sama, sembilan kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,699 kes serta empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,567 kes. -KOSMO! ONLINE