PETALING JAYA – SugarBomb Worldwide Sdn. Bhd. (SugarBomb) tetap menganjurkan program rumah terbuka sempena Syawal meskipun bulan mulia itu telah berlalu.
Menurut Pengasas syarikat, Ahmad Azhari Rosli, meskipun agak lewat tetapi niat utama syarikat adalah untuk meraikan pelbagai pihak khususnya peminat produk SugarBomb, pengedar, rakan strategik dan rakan logistiknya.
Melalui tema dan konsep berhari raya, SugarBomb telah meraikan lebih daripada 1,000 tetamu dari seluruh negara di pejabat syarikat di Bandar Bukit Raja, Klang baru-baru ini.
“Majlis ini adalah untuk menghargai semua orang yang terlibat dalam melancarkan operasi perniagaan dan menyokong jenama syarikat sejak tahun 2017.
“Ini kali kedua rumah terbuka kami adakan. Kali pertama diadakan adalah pada tahun 2018 secara kecil-kecilan sahaja,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.
Sepanjang majlis tersebut, syarikat tetap membuka kios menjual produk pewanginya pada harga promosi kepada para tetamunya. -KOSMO!ONLINE