fbpx

SELPHAC perkukuh agenda kesihatan awam Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin berucap ketika majlis pelancaran SELPHAC di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

SHAH ALAM – Agenda kesihatan awam di Selangor diperkukuhkan menerusi penubuhan Majlis Penasihat Kesihatan Awam Negeri Selangor (SELPHAC).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penubuhan organisasi itu diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 13 April lalu.

Beliau yang juga Penaung SELPHAC memberitahu, majlis itu berperanan membantu kerajaan negeri merancang, melaksana dan memantau program atau projek berkaitan kesihatan awam.

“Selain itu, ia meningkatkan kesedaran dan tahap literasi di kalangan rakyat Selangor melalui cadangan polisi dan program.

“SELPHAC juga berfungsi mengenal pasti isu kesihatan awam dan langkah penyelesaian selain memperluas fungsi ketua komuniti bagi membawa agenda komuniti sihat di negeri ini,” katanya ketika melancarkan majlis itu di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

SELPHAC dianggotai 15 ahli terdiri anggota kerajaan negeri, agensi pelaksana utama, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan pakar perubatan pelbagai bidang.

Organisasi itu turut diwakili bekas ahli Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 (STFC), wakil kesihatan sektor industri, persatuan perubatan dan pakar kesihatan awam tempatan.

Jelas Amirudin, penubuhan SELPHAC  selaras hasrat Kementerian Kesihatan (KKM) yang menekankan pembentukan Jawatankuasa Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di peringkat negeri. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI