fbpx

Kurangkan berat badan jika mahu sperma lebih sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang berjaya menurunkan berat badan mempunyai kepekatan dan bilangan sperma yang lebih banyak. – Unsplash

COPENHAGEN, DENMARK – Satu kajian mendapati bahawa penurunan berat badan dapat membantu meningkatkan kesuburan sperma lelaki, lapor laman berita Good News Network semalam.

Menurut kajian oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Copenhagen tersebut, penurunan berat badan dapat meningkatkan bilangan dan kualiti sperma.

“Amat mengejutkan buat kami apabila mendapati  kualiti air mani menjadi bertambah baik sekiranya berat badan berkurang,” kata penulis utama kajian itu, Profesor Signe Torekov.

Kajian sama melibatkan seramai 56 lelaki Denmark yang obes. Mereka mencatat peningkatan dalam kepekatan dan bilangan sperma antara 40 hingga 50 peratus dalam masa hanya lapan minggu.

Pencapaian itu direkodkan selepas berat badan responden turun kira-kira 16 kilogram (kg).

Kesemua peserta kajian berusia antara 18 hingga 65 tahun. Mereka  mempunyai indeks jisim badan (BMI) dalam lingkungan 32 hingga 43 sebelum diarahkan menjalani diet dan rejim senaman. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI