fbpx

Kemalangan tujuh kereta punca lebuh raya sesak 7km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah kenderaan yang rosak akibat kemalangan itu

SEREMBAN – Kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 271.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara di sini petang tadi telah mengakibatkan kesesakan lebih kurang tujuh kilometer.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd. Fazley Ab Rahman berkata, kemalangan pada pukul 1.40 petang itu berlaku apabila sebuah kereta BMW yang berhenti kerana kesesakan lalu lintas dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta Toyota Vios.

“Kemudian kereta Toyota Vios itu dilanggar pula oleh sebuah kereta Mercedes dan seterusnya empat buah kereta lain yang berada di belakang berlanggar antara satu sama lain secara ‘bumper to bumper’.

“Bagaimanapun, kemalangan tidak melibatkan kecederaaan dan hanya melibatkan kerosakan pada kenderaan sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Fazley berkata, akibat kemalangan itu telah berlaku kesesakan sepanjang lebih kurang tujuh kilometer.

“Lalu lintas telah dikawal oleh anggota Peronda Lebuh Raya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak konsesi lebuh raya da trafik kembali lancar pada pukul 4.30 petang,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Kaedah 10 LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalulintas 1959 dan siasatan lanjut masih diteruskan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI