fbpx

Isu kemasukan pekerja Bangladesh sudah selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan (kiri) ketika menjawab soalan diajukan pemberita ketika majlis berkenaan hari ini.

TAPAH – Isu kemasukan pekerja asing dari Bangladesh sudah diselesaikan dan semua majikan boleh memohon untuk membawa masuk golongan berkenaan secara dalam talian.

Menteri Sumber Manusia, M Saravanan berkata, masalah tersebut berjaya diselesaikan melalui perjumpaan beliau bersama beberapa pucuk pimpinan Bangladesh dalam lawatannya ke negara berkenaan baru-baru ini.

“Tempoh hari saya sudah berjumpa dengan Perdana Menteri Bangladesh dan Menteri Buruh. Semua sudah selesai dan sekarang mereka (majikan) boleh mulakan.

“Majikan boleh membuat permohonan secara dalam talian, bayar levi dan bawa masuk pekerja asing,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Majlis Penyerahan Komputer Riba kepada 100 orang pelajar B40 Parlimen Tapah sempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TelentCorp di Dewan Merdeka, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) yang memohon kerajaan menyegerakan kemasukan pekerja asing dari Bangladesh bagi memenuhi kelompongan industri tempatan.

Ditanya berapa jumlah pekerja asing dari Bangladesh yang bakal memasuki negara ini, Saravanan berkata ia bergantung kepada keperluan majikan yang memohon tenaga buruh berkenaan.

“Jumlah tiada lagi, tapi setakat ini yang kita terima (permohonan) lebih kurang 200,000 tapi bukan semuanya dari Bangladesh.

“Ikut keperluanlah, yang penting adalah saya hendak kos sifar imigran dan (majikan) jangan pergi kutip duit (dari pekerja asing). Majikan yang ingin bawa (pekerja bangladesh) kos penerbangan, kos penginapan mereka perlu tanggung dan apabila mereka (majikan) kutip duit negara akan mengalami isu buruh paksa,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI