fbpx

Harga tiket Candi Borobudur dicadang dinaikkan 750,000 rupiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harga tiket yang dinaikkan adalah untuk naik ke kawasan stupa, lokasi suci kuil Borobudur. - Google

JAKARTA – Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo menjelaskan alasan menaikkan bayaran masuk ke Candi Borobudur kepada 750,000 rupiah (RM227)  untuk pelawat tempatan adalah bagi mengehadkan jumlah  pengunjung di puncak candi berkenaan, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.

Ganjar berkata, caj 750,000 rupiah dikenakan kepada pelancong yang ingin naik ke Candi Borobudur, namun tiket ke kawasan candi hanya 50,000 (RM15).

Bagaimanapun, pelancong yang membayar tiket 50,000 rupiah hanya boleh memasuki pekarangan Borobudur dan tidak boleh naik ke kawasan stupa iaitu lokasi suci kuil berkenaan.

Tambah Ganjar, buat masa ini pelancong masih tidak dibenarkan naik ke kuil. Mereka hanya boleh berada di kawasan halaman Candi Borobudur.

Menurutnya, setakat ini pelan bayaran yang dicadangkan adalah 750,000 rupiah untuk pelancong tempatan dan A$100 (RM439) untuk pelancong asing.

Sebelum ini, Menteri Koordinator Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan telah menaikkan harga tiket ke Candi Borobudur dan  kuota pelancong ke Candi Borobudur juga terhad kepada 1,200 orang sahaja sehari.

Mereka juga dikehendaki menggunakan khidmat pemandu pelancong daripada kalangan penduduk di sekitar kawasan Borobudur.

Luhut berkata, kenaikan harga tiket itu adalah untuk  mengekalkan kekayaan sejarah dan budaya Indonesia. Namun,  katanya, keputusan itu belum muktamad. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI