fbpx

Hantar kucing ikat dalam guni tindakan zalim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA ekor kucing jalanan yang dimasukkan ke dalam guni sebelum dihantar ke Bustana Kucing di Kangar, Perlis baru-baru ini.

KANGAR – Tindakan segelintir masyarakat menghantar kucing ke tempat perlindungan dengan cara memasukkan haiwan itu ke dalam guni disifatkan sebagai kejam dan zalim.

Pemilik Bustana Ku­cing, Mohd. Taufik Md. Zain berkata, tindakan tersebut tidak berpe­rikemanusiaan kerana dipraktikkan dengan cara yang salah walaupun berniat baik untuk menyelamatkan haiwan tersebut.

“Terdapat orang ramai yang cuba menyelamatkan atau menghantar kucing jalanan kepada kami dengan cara memasukkan ke dalam guni, tindakan tersebut tidak betul.

“Secara biologinya, kucing berpeluh melalui hidung, tindakan tersebut menyebabkan haiwan itu mengalami tekanan, panas, berpeluh dengan banyak, bergelumang dalam najis dan menjurus mendapat risiko penyakit serta kematian,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Bustana Kucing yang terletak di dalam kawasan Taman Ular dan Reptilia Sungai Pahat.

Tambah Mohd. Taufik, lebih 50 ekor kucing mati terutamanya yang masih kecil akibat dibungkus dalam guni ketika dihantar ke pusat tersebut sejak 2015.

“Orang ramai boleh mencari kotak terpakai, ditebuk lubang pengudaraan sebelum meletakkan kucing terbiar tersebut di dalam kotak tersebut sebelum menghantar kepada kami.

“Orang ramai boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kebaji­kan Haiwan 2015 kerana membawa dan me­nyimpan haiwan dengan tidak berperikemanusiaan sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM20,000,” jelasnya.

Bustana Kucing buat masa ini menempatkan kira-kira 2,000 ekor kucing jalanan atau terbuang dan ia dibuka untuk orang ramai memelihara haiwan tersebut menerusi program ‘kucing angkat’.

Premis tersebut turut memiliki fasiliti perubatan yang digunakan untuk merawat kucing yang mempunyai masalah kesihatan, ruang isolasi penyakit berjangkit, wad bersalin dan sebagainya.

Menurut Mohd. Taufik, kos operasi Bustana Kucing mence­cah sehingga RM75,000 sebulan meliputi kos gaji 25 pekerja sebanyak RM40,000, manakala selebihnya adalah kos operasi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI