fbpx

Erik Ten Hag hanya mahu lima pemain sahaja di Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED cuba mencari nafas baharu untuk pasukan itu yang akan berada di bawah kendalian Ten Hag musim depan apabila cuba mendapatkan beberapa pemain baharu. – TWITTER MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag sedia untuk mengabaikan nasihat pengendali terdahulu, Ralf Rangnick supaya kelab membawa masuk 10 pemain baharu pada jendela perpindahan kali ini.

Difahamkan, Ten Hag meng­anggap 10 pemain baharu adalah terlalu ramai selain beliau masih menaruh sepenuh kepercayaan terhadap potensi yang dimiliki pemain-pemain sedia ada.

Justeru, beliau mungkin mensasarkan lebih kurang lima pemain baharu sahaja untuk dibawa masuk pada jendela perpindahan musim panas nanti dalam usahanya membina kembali kekuatan The Red Devils.

“Tidak ramai pemain yang akan pulang awal ke kelab kerana ada antara mereka beraksi bersama pasukan negara masing-masing. Oleh itu, mereka akan diberikan rehat terlebih dahulu sebelum menyertai pasukan.

“Saya sangat gembira dan tidak sabar untuk bertemu semua pemain nanti. Kami perlu menjalani latihan pramusim bagi menyesuaikan diri dengan taktikal baharu sebelum menggalas misi pada saingan musim baharu nanti,” katanya.

Berdasarkan laporan, bekas jurulatih Ajax itu hanya mensasarkan lima pemain baharu untuk dibawa masuk ke Old Trafford pada jendela perpindahan musim panas nanti kerana menganggap kualiti sedia ada sudah mencukupi.

Sebagai rekod, Rangnick menyuarakan hasratnya untuk merombak keseluruhan pasukan selepas United menampilkan aksi mengecewakan ketika di­belasah Liverpool 4-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) April lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI