fbpx

Bekalan ikan stabil, harga runcit masih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Dakwaan pihak tertentu kononnya bekalan ikan di negara ini semakin kurang dan mengakibatkan harga naik tanpa disedari mencetuskan banyak persoalan yang menarik.

Terbaharu, data diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang dipetik daripada sumber rasmi pihak Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menunjukkan keadaan sebaliknya.

Pendaratan ikan di seluruh negara suku pertama tahun ini sebenarnya adalah stabil walaupun berlaku kekurangan sedikit daripada suku keempat pada tahun lalu ekoran musim tengkujuh.

Rekod DOSM melaporkan untuk tiga bulan pertama tahun ini, sejumlah 307,396 tan ikan telah berjaya didaratkan daripada rekod sepanjang tiga bulan terakhir 2021 lalu iaitu 311,884 tan.

Sekiranya diperbuat perbandingan antara tahun-ke-tahun, suku pertama 2022 itu adalah jauh lebih baik daripada rekod suku pertama 2021 yang hanya mencatatkan 297,798 tan sahaja.

Situasi kali ini mencetuskan kemusykilan apabila peniaga runcit di pasar tertentu di negara ini sengaja menaikkan harga ikan dengan alasan tipikal konon timbul isu bekalan begitu kurang.

Mereka mendakwa konon stok tersebut telah merosot 50 peratus yang mengakibatkan harga terpaksa melonjak 40 peratus walhal tiada tempat berlaku musim tengkujuh atau banjir teruk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI