fbpx

AS, Korea Selatan hantar jet perang selepas ujian misil Korea Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUADRON penggempur Korea Selatan dan Amerika Syarikat terbang dalam formasi di ruang udara Semenanjung Korea hari ini. - AFP

SEOUL – Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS)  menerbangkan sebilangan pesawat pejuang termasuk jet halimunan di perairan sekitar Semenanjung Korea hari ini dalam pameran kekuatan susulan ujian peluru berpandu Korea Utara, kata Seoul.

Sebanyak 16 pesawat pejuang Korea Selatan termasuk beberapa jet halimunan F-25 dan empat jet F-16 milik AS membentuk skuadron penggempur di Laut Barat yang juga dikenali sebagai Laut Kuning untuk bertindak balas terhadap ancaman musuh, kata Ketua-Ketua Staf Bersama Korea Selatan dalam satu kenyataan.

“Pakatan tentera ini menunjukkan keperkasaan dan  keupayaan menyerang dengan pantas  dan  tepat terhadap sebarang provokasi Korea Utara,” katanya.  

Pameran kekuatan udara melibatkan sekitar 20 pesawat tempur itu berlangsung sehari selepas Seoul dan Washington melancarkan lapan peluru berpandu balistik ke Laut Jepun sebagai membalas ujian misil oleh Pyongyang kelmarin.

Kelmarin Korea Utara membedil lapan misil balistik jarak dekat dari empat lokasi berbeza dalam masa selang 30 minit sekali gus ujian senjata paling besar oleh negara komunis itu setakat ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI