fbpx

50 dikhuatiri terbunuh dalam serangan gereja di Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berdiri berhampiran dengan kesan darah di lantai Gereja Katolik St. Francis di Owo, kelmarin. – AFP

OWO, NIGERIA – Sekurang-kurangnya 50 orang dikhuatiri terbunuh selepas kumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang ke arah pengunjung gereja di barat daya Nigeria kelmarin, lapor portal berita MailOnline.

Keganasan di Gereja Katholik St. Francis, bandar Owo itu berlaku semasa upacara keagamaan.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut, manakala motif dan angka kematian sebenar masih tidak dapat dipastikan.

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari mengutuk serangan tersebut dan menyifatkannya sebagai ‘perbuatan keji’.

Beberapa klip video lokasi kejadian yang dikongsikan menunjukkan sebilangan mangsa bergelimpangan di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah dengan orang ramai meratapi kematian mereka.

Gabenor negeri Ondo, Oluwarotimi  Akeredolu dalam satu kenyataan berkata, tragedi itu adalah serangan keji dan menggesa pihak polis supaya segera memburu dalangnya.

“Hati kami berasa amat berat. Keamanan dan ketenteraman kita telah diragut oleh musuh-musuh negara ini,” katanya menerusi kenyataan di Twitter.

Ahli politik tempatan, Ogunmolasuyi Oluwole berkata, ramai kanak-kanak adalah antara mangsa yang terkorban.

“Suspek menyerang gereja dengan menggunakan bahan letupan selain tembakan yang   menyebabkan sebilangan pengunjung terbunuh,” katanya selepas melawat lokasi kejadian dan hospital di mana mangsa-mangsa cedera dirawat.

“Masih terlalu awal untuk menyatakan angka kematian sebenar, namun ramai penganut Kristian terkorban dan sebilangan yang lain cedera dalam serangan ini,” kata  jurucakap polis negeri, Ibukun Odunlami pula.

Seorang wakil rakyat tempatan,  Adelegbe Timileyin memberitahu,  ketua paderi turut diculik oleh penyerang.

“Saya sedang melalui kawasan itu apabila merdengar bunyi letupan kuat dan tembakan dari dalam gereja.

“Saya melihat sekurang-kurangnya lima lelaki bersenjatakan pistol di gereja tersebut sebelum melarikan diri,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI