fbpx

Pesawat asing ceroboh ruang udara kediaman Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang ejen Perkhidmatan Rahsia AS bertugas semasa Biden meninggalkan White House pada 1 April untuk percutian hujung minggu di Delaware. - Getty Images

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah dikawal keluar dari rumah pantainya di negeri Delaware selepas sebuah pesawat tanpa kebenaran melintasi ruang udara terhad di atas hartanah tersebut, lapor laman berita RT, kelmarin.

Susulan kejadian itu, Perkhidmatan Rahsia AS (USSS) memaklumkan bahawa Biden telah dikejarkan ke lokasi selamat sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) kelmarin seperti yang tertakluk dalam protokol keselamatan.

“Pesawat itu dengan segera diiring keluar dari ruang udara terhad,” tambah agensi tersebut.

Lokasi selamat terdekat dengan lokasi kejadian dilaporkan adalah balai bomba berhampiran.

Rombongan kereta pengiring dirakam mengawal Biden yang menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) memasuki sebuah balai bomba.

Lalu lintas turut ditutup selama lebih 20 minit manakala ejen USSS mengosongkan kenderaan serta orang awam dari kawasan itu dan menyiasat sebarang kemungkinan bagi ancaman.

Wartawan program televisyen CBS News, Bo Erickson berkata, dia melihat dua jet tentera terbang rendah di atas bandar Rehoboth Beach, selepas pesawat tanpa kebenaran itu dikesan.

“Siasatan awal mendedahkan juruterbang berkenaan tidak berada di saluran radio yang sepatutnya, tidak mengikuti Notis kepada Penerbang (Notams) yang telah difailkan dan tidak mengikuti panduan penerbangan yang diterbitkan.

“Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat akan menemu bual juruterbang itu,” jelas USSS.

Rombongan Biden kembali ke rumah pantainya selepas penyiasat membuat kesimpulan bahawa tiada ancaman keselamatan yang berterusan.

Susulan kejadian tersebut, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan mengeluarkan sekatan penerbangan sementara di kawasan itu bermula malam Khamis hingga pagi semalam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI