fbpx

Luahan pembaca: Henti pembalakan di Kelantan, elak ‘bah kuning’ berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Saudara Pengarang,

Cuti hujung minggu lalu, saya berkesempatan pulang ke kampung halaman di Kuala Krai, Kelantan untuk melawat kedua-dua ibu bapa.

Apa yang menyedihkan, setibanya saya ke kampung halaman, saya dihidangkan dengan cerita sedih penduduk kampung diganggu sekumpulan gajah liar.

Menurut mereka, kehadiran gajah-gajah itu disebabkan habitat haiwan itu telah diceroboh akibat penebangan hutan oleh pihak tidak bertanggungjawab dipercayai untuk pembukaan ladang.

Lebih memeranjatkan, terdapat beberapa kompartmen (kawasan) pembalakan baharu berdekatan kawasan kampung saya juga telah diluluskan oleh pihak berkuasa negeri.

Bagai hati ini ditusuk apabila mendengarkan perkhabaran itu kerana sebelum ini kawasan kampung ini teruk dilanda banjir akibat pembalakan yang tak terkawal.

Apa tidaknya, kesan banjir pada tahun 2014 dan fobianya masih dirasai sehingga kini.

Sebagai anak jati Kuala Krai, isu pembalakan di daerah ini perlu dihentikan segera agar fenomena ‘bah’ besar pada tahun 2014 lalu tidak berulang.

Selain balak, banyak lagi sumber lain yang boleh memberi pendapatan dan meningkatakan ekonomi kerajaan negeri dan penduduk.

Sebagai contoh, daerah ini kaya dengan kawasan pelancongan yang boleh dibangunkan seperti Lata Berangin, Lata Rek, Air Terjun Gunung Stong dan Jambatan Gantung Batu Jong.

Daripada tebang hutan, lagi elok bangunkan kawasan eko-pelancongan ini untuk menambah hasil negeri.

Budak Lata Rek
Kuala Krai, Kelantan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI