fbpx

Lelaki bangladesh ditahan salah guna permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu dan kelindan lori sampah yang ditangkap polis.

SHAH ALAM – Tindakan sebuah lori sampah mengelak sekatan jalan raya di Persiaran Perusahaan di sini membongkar perbuatan salah guna permit kelindannya yang merupakan warga Bangladesh, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi, lelaki Bangladesh berusia 34 tahun itu hanya mempunyai permit bekerja sebagai tukang cuci di Rawang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, anggota bertugas kemudiannya telah pergi arah lori tersebut dan meminta dokumen pengenalan diri serta lesen memandu untuk pemeriksaan.

Katanya, bagaimanapun pemandu warga tempatan berusia 54 tahun enggan memberikan kerjasama.

“Pemandu dan kelindannya kemudiannya ditangkap dan hasil siasatan mendapati kelindannya yang merupakan warga Bangladesh itu mempunyai permit dan pasport.

“Siasatan lanjut juga mendapati kelindan itu telah menyalahguna syarat permitnya. Ini kerana permit kerjanya adalah bagi tukang cuci di rawang dan tiada dokumen untuk bekerja di daerah ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Perkara 39(d) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI