fbpx

Katering tak muncul-muncul, keluarga pengantin ‘kalut’ masak lauk kenduri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga pengantin terpaksa bertungkus-lumus menyiapkan hidangan kenduri gara-gara pihak katering tidak menghantar makanan.

PETALING JAYA – Sebuah majlis perkahwinan bertukar menjadi panik apabila keluarga pengantin terpaksa bergotong-royong menyediakan hidangan lauk kenduri gara-gara pihak katering tidak menghantar makanan pada hari kejadian.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna media sosial, Ajan Reduan yang memaklumkan kejadian tersebut berlaku ketika majlis perkahwinan sepupunya.

“Pergi rumah sepupu kahwin, katering tak hantar makanan dan semua keluarga bertungkus-lumus masak sendiri apa yang patut, kesian,” katanya.

Menurut pengguna tersebut, pihak pengantin telah membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku kerana mereka telah menanggung kerugiaan yang besar akibat ditipu pihak katering sehingga menyusahkan ramai pihak.

“Laporan polis dah dibuat, semoga tabah,” jelasnya.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan ada juga pengguna lain berkongsi pengalaman yang hampir sama.

“Saya pun pernah kena tipu dengan katering, perjanjian masak untuk 500 orang makan, tapi baru satu jam majlis berlangsung, lauk semua dah habis, macam buat untuk 100 orang sahaja, tak masuk akal langsung,” kongsi Amirah.

“Memang kena selalu ‘update’ dengan pihak katering setiap masa, lagi-lagi bila dah dekat majlis, setiap hari mesej ingatkan, biar mereka lebih peka,” pesan Asyura Haiza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI