fbpx

Premis hiburan beroperasi tanpa lesen sah diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serbuan yang dijalankan IPD Petaling Jaya di sebuah premis hiburan sekitar Damansara Utama.

PETALING JAYA – Sebuah premis hiburan beroperasi tanpa lesen yang sah diserbu pihak berkuasa awal pagi tadi.

Serbuan pada pukul 1.30 pagi di sekitar Damansara Utama itu telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, seramai 70 lelaki dan 34 wanita telah diperiksa dalam serbuan terbabit.

“Kesemua pengunjung yang berada di dalam premis tersebut telah diperiksa dan tiada kesalahan lampau dikesan.

“Pemeriksaan turut dijalankan ke atas premis tersebut dan mendapati premis itu menjalankan aktiviti hiburan tanpa sebarang lesen hiburan yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya telah mengambil tindakan dengan merampas semua peralatan muzik dan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Selangor.

“Siasatan awal mendapati, premis terbabit telah diserbu beberapa kali sejak tahun 2021 oleh IPD Petaling Jaya dan telah diambil tindakan oleh mahkamah.

“Polis ingin menegaskan agar pengusaha premis hiburan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dan orang ramai juga diminta menyalurkan sebarang maklumat kepada IPD Petaling Jaya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI