fbpx

Penjawat awam ditahan edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Beseri semalam.

PADANG BESAR – Dua lelaki termasuk seorang penjawat awam ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Beseri dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Pemangku Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, bertindak atas maklumat risikan, serbuan menerusi Op Hemlock dilancarkan ke atas rumah tersebut kira-kira pukul 1.45 petang.

Katanya, dua lelaki berusia 27 dan 37 tahun ditahan yang mana salah seorang merupakan penjawat awam bertugas di Perak.

“Hasil pemeriksaan menemui dadah iaitu heroin seberat 137.78 gram bernilai RM1,848, ganja seberat 85.9 gram (RM212.50) dan methamphetamine seberat 27 gram (972).

“Keseluruhan rampasan dadah mampu menampung kira-kira 200 panagih,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, sindiket itu dipercayai beroperasi sejak awal tahun ini dan rumah tersebut dijadikan sebagai tempat menjalankan aktiviti pengedaran dadah.

“Dadah itu disyaki untuk pasaran tempatan dan diedarkan kepada penagih di sekitar Beseri dan Padang Besar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Shokri memberitahu, dalam serbuan berasingan, pihaknya menahan seorang lelaki warga asing berusia 31 tahun kerana memiliki 80 bungkusan plastik lut sinar berisi air ketum.

“Sebanyak 80 liter air ketum bernilai RM400 ditemui di dalam semak di sebuah kampung di Batu 20, Padang Besar pada kelmarin,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI