fbpx

Noramirah akur terlepas musim kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORAMIRAH (kanan) terlepas peluang beraksi dalam saingan NSL musim ini selepas terpaksa berehat akibat pembedahan.

PEMAIN skuad bola jaring kebangsaan, Noramirah Dayana Noor Azhar kempunan untuk membuat penampilan kedua berturut-turut di pentas Sooka Netball Super League (NSL) 2022.

Noramirah, 28, sebelum ini memainkan watak utama terhadap kejayaan Kuala Lumpur (KL) Wildcats muncul juara edisi sulung selepas menewaskan seteru utama, Johor Jewels 58-47 di pentas final musim lalu.

Bagaimanapun, pemain de­ngan ketinggian 183 senti­meter itu akur tidak dapat memperagakan kehebatannya kali ini selepas terpaksa menjalani pembedahan disebabkan kecederaan retak buku lali kiri pada April lalu.

“Perasaan agak sedih, tetapi saya lebih mementingkan kondisi kecederaan saya. Tahun depan saya akan kembali lebih kuat.

“Saya dapat rasakan ­sai­ng­an musim ini agak sukar kerana setiap pasukan mampu memberikan cabaran mereka yang tersendiri.

“Sebagai bekas pemain KL Wildcats, saya mengharapkan rakan-rakan memberikan aksi 110 peratus ketika beraksi supaya dapat mengekalkan kejuaraan. Inilah masanya selepas berlatih lama sebelum ini,” katanya.

Ketiadaan pemain yang boleh beraksi di posisi sera­ngan dan pertahanan itu pas­tinya amat dirasai KL Wildcats musim ini yang dijangka sukar untuk mempertahankan gela­ran mereka.

Biarpun tidak beraksi, namun Noramirah tetap berpeluang melepaskan rindunya kepada sukan bola jaring selepas dia menjadi salah seorang pemain kebangsaan yang bertanggungjawab mengendalikan klinik NSL dengan komuniti setempat semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI