fbpx

Mariah Carey disaman RM87 juta kerana dituduh ciplak lagu All I Want For Christmas Is You

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Carey berdepan saman berkenaan tuduhan ciplak tajuk lagu hit Krismas, All I Want For Christmas Is You selepas 28 tahun ia dilancarkan. - Billboard

BANDAR RAYA NEW YORK – Penyanyi popular, Mariah Carey telah disaman atas pelanggaran hak cipta lagu hit Krismas tahun 1994, All I Want for Christmas is You, lapor Badan Penyiaran British (BBC), semalam.

Penulis lagu, Andy Stone berkata, dia menulis bersama sebuah lagu dengan tajuk serupa lima tahun sebelum ia dilancarkan oleh Carey.

Stone mendakwa penyanyi itu menggunakan popularitinya untuk menciplak lagu milik lelaki itu.

Bagaimanapun, kedua-dua lagu memiliki susunan muzik berbeza meskipun ia berkongsi tajuk sama.

Stone mempertahankan tindakan saman dengan mengatakan lagu Carey telah menyebabkan kekeliruan peminat hingga lagunya tidak mendapat perhatian selain penyanyi itu tidak meminta kebenaran menggunakan tajuk sama.

Lagu nyanyian Carey, All I Want for Christmas is You adalah lagu ikonik bagi perayaan hujung tahun itu dan merupakan rekod carta lagu Krismas terulung sepanjang zaman.

Sejak muncul dalam album Merry Christmas pada 1994, ia telah mengungguli carta di beberapa negara dan menjelang 2017, lagu itu dilaporkan telah memberikan lebih AS$60 juta (RM263 juta) royalti kepada Carey.

Lagu itu juga telah distrim sebanyak satu bilion kali di platform Spotify.

Stone yang menggunakan nama pentas Vince Vance dengan kumpulan Vince Vance and the Valiants, menuntut sekurang-kurangnya AS$20 juta (RM87.8 juta) sebagai ganti rugi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI