fbpx

Lima nelayan warga Myanmar ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima nelayan warganegara Myanmar ditahan kerana tidak mempunyai permit yang sah kira-kira 0.68 batu nautika dari muara Sungai Kuantan di Kuantan.

KUANTAN – Maritim Malaysia (APMM) Pahang menahan lima nelayan warga Myanmar yang tidak mempunyai permit kerja dalam satu pemeriksaan ke atas sebuah bot nelayan tempatan kelas C kira-kira 0.68 batu nautika dari muara Sungai Kuantan.

Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, dalam pemeriksaan terhadap bot nelayan kelas C kira-kira pukul 10.15 pagi itu pihaknya turut merampas peralatan penangkapan ikan dan hasil laut seberat 730 kilogram.

“Pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati semua kru termasuk tekong berumur antara 22 hingga 27 tahun tidak mempunyai permit kerja yang sah dan kesemua mereka yang merupakan warganegara Myanmar mempunyai pengenalan diri mencurigakan.

“Kesemua mereka ditahan dan dibawa masuk ke Jeti Penerpa di sini untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Menurut Kamal Ariffin, kes itu disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dan tidak mempunyai pas kerja yang sah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI