fbpx

Kumpulan media Latin AS beli 18 stesen radio bernilai RM300,000 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Urusan jual beli 18 stesen radio di 10 bandar AS ini dilakukan secara tunai. - CNY Latino

LOS ANGELES – Sekumpulan individu Latin termasuk beberapa anggota parti Demokrat terkemuka telah menandatangani perjanjian tunai membeli 18 stesen radio di 10 bandar di Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$60 juta (RM263,460 juta).

Menurut laporan stesen penyiaran NBC, stesen radio AM dan FM dalam perjanjian itu adalah sebahagian daripada rangkaian TelevisaUnivision.

Kumpulan media yang membeli stesen itu baru ditubuhkan dan menggelarkan diri mereka sebagai Rangkaian Media Latino.

Kesemua 18 stesen itu berada di Los Angeles, New York City, Miami, Houston, Chicago, Dallas, San Antonio, McAllen, Fresno dan Las Vegas.

Kumpulan itu berkata stesen itu kebanyakannya menyiarkan rancangan sukan, hiburan dan muzik.

Stesen radio yang bakal dimiliki oleh Rangkaian Media Latino akan mencapai satu pertiga daripada masyarakat Latin di AS iaitu kira-kira 20 juta orang.

Rangkaian Media Latino diketuai dan diasaskan oleh bekas kakitangan pentadbiran Barrack Obama yang kini mengetuai Equis Research dan Rocketto, Stephanie Valencia.

“Kami percaya pada kuasa dan jangkauan radio dan ia kekal sebagai sumber media utama untuk sebilangan besar komuniti kami.

“Kami berharap dapat mencipta kandungan yang relevan untuk radio dan platform audio lain dengan kandungan yang boleh dipercayai dan bergantung kepada komuniti kami,” kata Rocketto dalam satu kenyataan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI