PETALING JAYA – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 skala Ritcher dilaporkan berlaku di Kepulauan Rat, Kepulauan Aleutian sebentar tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi terbabit terletak 52.2 darjah Utara dan 178.3 darjah Timur.
“Kejadian gempa bumi kuat itu berlaku pada pukul 7.38 pagi tadi dengan jarak 1,329 kilometer (km) Timur dari Kamchatskiy, Rusia.
“Ia dilaporkan berlaku dengan kedalaman 103 km,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Tambah MetMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia ekoran kejadian bencana alam itu. – KOSMO! ONLINE