fbpx

Fasha Sandha nafi potong usus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FASHA SANDHA

BARU-BARU ini Diva berkesempatan bertemu dengan pelakon cantik dan berbakat besar, siapa lagi kalau bukan Fasha Sandha.

Diva cukup kagum melihat penampilan Fasha kerana masih kekal ramping dan cantik walaupun sudah memiliki tiga orang cahaya mata.

Seperti yang semua ketahui, isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu sebelum ini turut mengalami masalah kenaikan berat badan selepas melahirkan anak ketiganya, Aisha Amaira.

Jadi apabila kembali ramping dan kurus, ramai pula yang mendakwa Fasha melakukan pembedahan memotong usus (bariatrik) untuk kembali langsing.

Tak baik tau fitnah perkara yang tidak betul. Kata Fasha, dia tidaklah kurus seperti apa yang dilihat mata kasar kerana masih mempunyai perut buncit yang terpaksa disembunyikan.

“Saya tidaklah kurus pun, perut (buncit) masih ada lagi cuma saya pakai ‘girdle’ dan baju hitam. Sebab itu nampak kurus.

“Saya tak buat pembedahan bariatrik cuma jaga pemakanan dan tidak ambil gula,” katanya.

Apa yang penting, disiplin untuk mendapatkan bentuk badan idaman perlu tinggi. Jangan jadi seperti Diva, baru dua jam tak makan manis, boleh jadi murung dibuatnya.

DIVA: Makin ligat pelakon dan juga penyanyi Ayda Jebat menari dalam Instagram. Nak keluar lagu baharu ke?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI