fbpx

Empat beradik abadikan kenangan sanding serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Subhi dan Rohani bersama empat anaknya yang melangsungkan persandingan serentak hari ini.

KLANG – Empat beradik lelaki mencipta keunikan apabila memilih untuk bersanding serentak dalam satu majlis perkahwinan di Felda Bukit Cherakah 2, Kapar di sini, hari ini.

Majlis akad nikah anak kepada pasangan Subhi Othman, 66, dan Rohani Md. Tan, 62,  itu diadakan selang sebulan sejak November tahun lalu.

Mereka ialah Muhammad Aizas, 32, yang mengahwini Nur Azrina Mohd. Aslan, 32; Muhammad Afizi, 29, dengan pasangannya, Nur Azlin Suyun, 37, dan Muhammad Azmir, 28, dengan Nurul Anis Yusof, 28.

Manakala, anak bongsu, Muhammad Alfian, 24, pula memilih Nurul Hafizah Abu Bakar, 24, sebagai pasangan hidupnya.

Subhi berkata, dia bersyukur kerana majlis yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 sejak tahun lalu itu berjalan lancar.

“Kami pada awalnya merancang untuk melangsungkannya dengan hanya melibatkan Muhammad Aizas
pada Jun tahun lalu.

“Namun, tiga lagi anak lelaki kami bersepakat untuk bersanding pada tarikh sama dan turut mendapat persetujuan kedua pihak keluarga pengantin,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Kira-kira 1,500 jemputan termasuk ahli keluarga hadir memeriahkan majlis itu dengan dijamu pelbagai hidangan masakan kampung, mee goreng dan kuih apam balik.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI