fbpx

DBKL sita skuter elektrik beroperasi tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Penguatkuasa DBKL melihat skuter elektrik yang beroperasi tanpa kebenaran di Dataran Merdeka semalam.

PETALING JAYA- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan menyita aktiviti skuter elektrik yang beroperasi secara terbuka di Dataran Merdeka semalam.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, penyitaan itu dibuat berikutan Dataran Merdeka merupakan jalan awam selain tidak diwartakan untuk sebarang aktiviti skuter elektrik.

“Tindakan tersebut adalah bertepatan dengan arahan kerajaan iaitu tiada kebenaran diberikan kepada aktiviti skuter elektrik di atas jalan awam kecuali di kawasan diwartakan.

“Anggota Penguatkuasa DBKL yang membuat rondaan di lokasi menemukan aktiviti tanpa kebenaran seterusnya bertindak melaksanakan sitaan terhadap dua buah skuter elektrik yang diletakkan di atas jalan raya bagi tujuan penyewaan,” katanya di sini tadi.

Kata kenyataan itu lagi, DBKL juga tidak mengeluarkan sebarang kebenaran bagi membenarkan aktiviti permainan skuter itu dijalankan di Dataran Merdeka.

“Anggota Penguatkuasa DBKL telah membuat laporan polis terhadap pengendali aktiviti skuter terbabit kerana telah menghalang penjawat awam melaksanakan tugas.

“Skuter yang disita telah dibawa ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong Cheras untuk tindakan lanjut,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI