fbpx

Dari berniaga kaki lima, kini seorang jutawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rizahuddyn

SENAWANG – Jualan minyak wangi di kaki lima yang mendapat sambutan luar jangka membuatkan Rizahuddyn Md. Ithnan jatuh cinta dengan dunia perniagaan.

“Keluarga saya susah, kadangkala nak beli baju raya pun tak dapat, apabila dapat jual rasa seronok,” kongsi pengasas Lelong Seremban Trading itu.

Sebelum menjalankan perniagaan menjual perabot terpakai berkualiti, barang gajet dan elektronik pada harga lelong, Rizahuddyn berpengalaman menjual pelbagai jenis produk.

“Saya jual barang seperti pakaian, kasut dan pisau, apabila musim buah, jual buah. Tular produk baharu, saya tukar lagi.

“Isteri yang merupakan kakitangan kerajaan bantu buat pinjaman di Bank Rakyat, tetapi perniagaan tak menjadi,” katanya ketika ditemu bual baru-baru ini.

Melihat kegagalan itu, isteri Rizahuddyn memberi cadangan supaya menyertai seminar bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Beliau mengikuti program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), Millionaire Marketing Mastery (MMM) serta Spire dan kini sudah berada dalam Titanium.

Konsep jualan secara lelong yang diketengahkan Rizahuddyn menarik minat ramai pembeli.

Pada 2021, syarikatnya meraih RM2.9 juta dan menyasarkan jualan RM9 juta tahun ini.

“Sebelum ini, jualan saya sekitar RM38,000 sahaja, malah tidak mempunyai rekod perniagaan lengkap.

“Paling seronok apabila dapat menggembirakan isteri yang banyak berkorban dengan menghadiahkannya kereta dan baik pulih rumah kami,” ujarnya.

Bagi yang berminat mendapatkan maklumat lanjut, produk dan perkhidmatan ditawarkan Rizahuddyn anda boleh ke Facebook goodangmall.com.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI