fbpx

Bisnes tak terbina dalam satu malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan bersama Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah pada sesi pelancaran Wisma IDW di Setia Alam, baru-baru ini.

SAYA mulakan dengan rasa syukur kerana semalam dapat berkongsi strategi dan kefahaman bagi bangsa usahawan yang komited untuk survive, bahkan bangkit dalam cabaran masa kini.

Hari ini, insya-Allah saya akan sambung untuk pastikan mereka dapat melakukan tindakan segera supaya lebih ke depan berbanding pesaing.

Dalam keluaran ini, saya nak tekankan kepada semua bahawa bina perniagaan yang berjaya tidak mengambil masa hanya dalam satu malam.

Bina rumah dari kosong pun ambil masa, apatah lagi nak betulkan rumah yang sudah usang dengan pelbagai isu dan masalah dari tuan rumah, pasangan, keluarga hinggalah kepada struktur rumah, belum campur lagi masalah jiran.

Mungkin lebih cepat kalau robohkan sahaja dan bina yang baharu, namun ia melibatkan kos lebih tinggi selain kemampuan masa, wang, tenaga dan kepakaran.

Nak pandai-pandai trial and error dan buat sendiri? Silap-silap memang tak akan siap…

Begitulah proses dilalui Pengasas IDW Design & Build, pasangan IDr. Lokman Hakim Ahmad Subki dan IDr. Rabiatul Adawiyah Rasol sepanjang tempoh tujuh tahun pertama mereka membina perniagaan.

Mereka berdepan tempoh sukar dengan masalah masa dan wang, selain terlalu banyak tenaga yang dicurahkan dari pagi hingga ke malam.

Namun, selepas berada dalam program permentoran Titanium RichWorks, ketika baru mula baiki bisnes pada tahun pertama memasuki tahun kedua, mereka pilih untuk tidak meneruskan bimbingan bersama kami.

Padahal situasi mereka umpama sedang membaiki sebuah rumah, belum pun mula bab untuk mencantikkan. Masa itu saya agak sedih, kenapa mereka tak teruskan sedangkan usaha membaiki sedang berjalan?

Azizan bersama isteri (tengah) bergambar di Wisma IDW yang menelan belanja kira-kira RM5 juta. 

Rupanya mereka fikir sudah boleh perbaiki sendiri dan lupa untuk jadi pakar reka bentuk dalaman, mereka telah melalui begitu banyak proses belajar secara formal dan informal.

Setahun kemudian pada 2020, mereka masuk semula.

Selebihnya jadi sejarah, dari pertengahan 2020 hingga sekarang saya suka melihat komitmen, komunikasi dan perkembangan mereka.

Sebenarnya tak mudah nak menguruskan pemikiran mereka yang sudah biasa ‘ikut cara lama’ ketika berfikir dan buat keputusan.

Saya pula tegas dengan growth mindset. Nak capai apa-apa kena pantas dan buat ikut strategi perkembangan yang sama-sama kita tetapkan.

Agak sukar buat mereka upgrade cara berfikir dan melihat situasi sekeliling. Alhamdulillah, mereka komited dan cuba dengar apa yang diberitahu.

Mana tak gila, tiba-tiba saya suruh beli rumah banglo di kelab golf, berbanding pelan asal mereka yang hanya mahu ubah suai rumah teres kepada rumah berkembar.

Saya suruh agih tugas kepada pasukan untuk urus operasi pejabat meskipun banyak cabaran. Bukan itu sahaja, mereka diminta buat PhD, belanja banyak duit untuk branding dan marketing, bina platform aplikasi malah dikritik dalam soal berpakaian.

Banyak lagi perbualan ‘belakang tabir’, maklum balas dan cadangan diberikan untuk mereka improve mengikut keadaan dan siapa diri mereka.

Alhamdulillah, pencapaian mereka bagus tapi saya yakin mereka baru siap ‘kemas rumah lama’ sambil bina jualan dan cuba berkembang lagi.

Cuba tanya mereka, setelah tujuh tahun pertama ‘cuba sendiri-sendiri’, jika mereka masih sendiri adakah boleh capai tahap hari ini?

Ini semua proses. Adakah bisnes kita akan masih ada dan keep growing tak kalau kita tak ada nanti, jika dengan kehadiran kita pun ianya tak mudah berkembang?

Ingat prinsip ini, man jadda wajada. Siapa buat, insya-Allah dia dapat.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI